Selasa, 22 Jun 2010

perbezaan kuah laksa kedah dan penang

ada orang kata kedua-dua kuah laksa di antara dua negeri tersebut sama sahaja. tapi aku dapat mengesan perbezaan di antara keduanya.kuah laksa kedah menggunakan isi ikan yang dihancur lumat manakala laksa penang menggunakan isi ikan yang dicarik-carikkan sahaja. Laksa penang menggunakan jus asam jawa tetapi tidak bagi laksa kedah yang menggunakan asam keping. Penggunaan lengkuas dan serai seakan-akan sesuatu yang wajib bagi kuah laksa penang manakala laksa kedah tidak menggunakan kedua-dua bahan tersebut. Selain dari cili kering, kuah laksa penang menggunakan banyak cili merah segar manakala laksa kedah lebih mengutamakan penggunaan cili kering. Perbezaan rasa kuah laksa penang makin jelas dilihat berbanding kuah laksa kedah apabila jintan manis di masukkan ke dalam blander ketika cili merah dikisar